Kepentingan Susu Ibu Untuk Bayi Anda
Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih CERDIK,
menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat
beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia
diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang
memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada
faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan
itu sendiri.
Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu MEMBUATKAN BAYI MENJADI LEBIH BIJAK kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.
Nampak tak fakta di atas yang menunjukkan betapa pentingnya penyusuan susu ibu yang sebenarnya memberi kesan pada bayi. Kadang2 kita pandang semua ni remeh je. Terlalu sibuk, susu tak keluar atau ada jugak yg cakap nak jaga badan. In fact, IBU-IBU YANG MENYUSU BAYI BOLEH CEPAT KURUS!!
Tapi ada jugak sesetengah ibu mengalami masalah untuk menyusu bayi. Jom kita tengok antara masalah yang dihadapi:
- Kebengkakkan
payu dara
- Puting
melecet
- Tidak
cukup susu
- Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:
- Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
- Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi dan Kesan Sampingan
- Kesukaran untuk bayi menyusu
- Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Antara Rawatan yang boleh di ambil:
- Jangan berhentikan penyusuan.
- Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
- Susukan bayi anda dengan kerap.
- Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
- Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
- Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
- Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
Pencegahan
- Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
- Teknik penyusuan yang betul.
- Puting melecet
- Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
- Teknik penyusuan yang tidak betul.
- Penjagaan puting yang tidak betul.
Faktor-faktor lain:
- Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
- Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan:
- Jangan hentikan penyusuan
- Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
- Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
- Tidak perlu gunakan losyen.
- Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
Pencegahan
- Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
- Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
- Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
- Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
Tidak cukup susu
- Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
- Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
- Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
- Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
- Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
- Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
- Ibu mengalami tekanan emosi.
- Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
- Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
- Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
- Pastikan bayi melekap dengan betul.
- Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
- Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
- Bayi menyusu sekurang-kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
- Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
- Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
- Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
- Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
- Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
- Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.














